Skip to main
Logo Malaysiakini

Mahkamah benar Najib periksa aset disita

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Najib Razak untuk memeriksa secara fizikal barang-barang yang dirampas oleh pihak berkuasa sebagai sebahagian daripada saman pelucutan hak RM680 juta berkaitan 1MDB oleh kerajaan terhadap Obyu Holdings.

Hakim Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan oleh peguam bela bekas perdana menteri, Muhammad Shafee Abdullah semasa prosiding di mahkamah terbuka pagi ini.

Ketika ditemui selepas prosiding, DPP Faten Hadni Khairuddin mengesahkan keputusan itu dan , menjelaskan bahawa mahkamah membenarkan pemeriksaan dilakukan sebanyak dua kali.

"Pemeriksaan pertama melibatkan bukan barangan kemas akan dilakukan terlebih dahulu. Kemudian pemeriksaan selanjutnya ke atas barangan kemas,” katanya.

Aset yang dirampas oleh polis pada 2018 dan 2019 yang bernilai RM680 juta, didakwa mempunyai kaitan dengan salah urus dana kekayaan berdaulat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Aset yang dirampas termasuk 11,991 barang kemas, 401 jam tangan, 16 barang hiasan jam tangan 234 pasang kaca mata, 306 beg tangan, dan wang runai bernilai RM114,164,393.44 dalam pelbagai denominasi.

Sebahagian besar barangan mewah yang disita polis dilaporkan dari pangsapuri yang dimiliki Obyu Holdings selain sebuah lagi hartanah di Kuala Lumpur, yang juga disita pada 1 Nov 2018.

Pihak pendakwaan memfailkan permohonan lucut hak harta Obyu Holdings mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Bagaimanapun Najib, Rosmah dan firma barang kemas, Global Royalty selaku pihak ketiga memohon untuk mendapatkan gambar serta membuat pemeriksaan fizikal terhadap harta-harta itu.

[Baca berita penuh]