Skip to main
Logo Malaysiakini

Untung bersih TNB turun lebih RM700 juta bagi suku pertama 2020

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Keuntungan bersih Tenaga Nasional Bhd (TNB) turun kepada RM717.9 juta bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac, 2020, daripada RM1.56 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Hasil juga susut kepada RM11.65 billion daripada RM13.24 bilion sebelumnya.

TNB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata hasil rendah itu disebabkan oleh Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) ) pada keadaan rebat RM307.5 juta berbanding keadaan surcaj RM1.37 bilion pada suku sama tahun lepas.

Manakala keuntungan bersih rendah adalah disebabkan terutamanya kerugian tukaran mata wang asing berikutan penurunan ringgit berbanding dolar AS dan yen Jepun.

"Kumpulan merekodkan kerugian tukaran mata wang asing sebanyak RM402.8 juta semasa tempoh tersebut berbanding keuntungan RM207.5 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas,” kata syarikat utiliti nasional itu.

Memandangkan pandemik COVID-19 yang masih berterusan dan ketidaktentuan dalam suasana ekonomi global, Lembaga Pengarah menjangkakan cabaran berterusan terhadap prospek Kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Bagaimanapun, kumpulan telah megambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan kestabilan kewangan dan operasinya.

-Bernama