Trump adakan kempen p'raya ketika AS masih perangi Covid-19
GLOBAL | Presiden Donald Trump akan mengadakan kempen di Tulsa, Oklahoma Jumaat depan sempena pilihan raya Presiden, di tengah-tengah kebimbangan mengenai peningkatan penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.
Kempen yang bakal diadakan di Tulsa BOK Center itu ketika Amerika Syarikat (AS) bergelut memerangi wabak COVID-19, menyaksikan kes di beberapa negeri terus melonjak ketika perniagaan dibenar beroperasi semula.
Perhimpunan besar-besaran masih dilarang di beberapa negeri lain.
Kes COVID-19 di AS melepasi dua juta, menurut data Johns Hopkins University dan lebih 113,000 pesakit meninggal dunia.
Kempen terakhir Trump diadakan di Charlotte, Carolina Utara pada 2 Mac.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai