Skip to main
Logo Malaysiakini

Pesakit N Sembilan dijangkiti Covid-19 ketika kunjungan Aidilfitri

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Seorang pesakit dari Negeri Sembilan dijangkiti Covid-19 setelah membuat kunjungan ke rumah pada sambutan hari raya pertama Aidilfitri.

Pesakit itu seorang warganegara Malaysia telah dikenal pasti sebagai orang yang rapat dengan Kes 7756.

Pada taklimat hariannya Covid-19 petang ini, Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata pesakit itu adalah salah satu daripada 38 penularan tempatan baru yang dikesan setakat jam 12 tengah hari ini.

"Satu kes saringan kontak rapat kepada kes positif Covid-19 (kes ke-7756) di Negeri Sembilan. Kontak

berlaku semasa aktiviti kunjung-mengunjung pada hari raya pertama yang lalu (24 Mei)," katanya.

Ketika diminta butiran lanjut, beliau berkata pengesanan kes aktif untuk kes indeks itu sedang dilakukan.

"Kami telah memulakan pengesanan kes aktif kami dan ia masih berterusan. Jadi bagi kami, kami akan terus menyaring mereka yang telah mengunjungi (Kes 7756) dan mendapat pendedahan mengenai kes positif itu,” kata Noor Hisham.

Sebanyak 43 kes Covid-19 dilaporkan hari ini, 38 melibatkan penularan tempatan dan lima kes import.

Daripada 38 penularan tempatan, 23 bukan warga negara dan 15 ialah warga negara.

[Baca berita penuh]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.