Skip to main
Logo Malaysiakini

Semua rumah ibadat bukan muslim dibuka semula

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kerajaan membenarkan semua masjid dan surau di wilayah persekutuan serta semua tempat ibadat untuk orang bukan Islam di seluruh negara yang bukan dalam zon merah kembali dibuka.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob yang berkata kerajaan membuat keputusan sedemikian dalam mesyuarat khas menteri hari ini berikutan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang melibatkan tempat-tempat ibadah.

"Kami membenarkan semua masjid dan surau di wilayah persekutuan kecuali yang terletak di zon merah, beroperasi seperti biasa," katanya."

"(Masjid dan surau) tidak boleh melebihi sepertiga dari kapasiti keseluruhan (seperti ditetapkan sebelum ini)," katanya.

Zon merah Covid-19 merupakan kawasan yang mempunyai lebih 40 kes aktif Covid-19.

Sementara itu, mengenai masjid dan surau dari negeri-negeri lain, Ismail berkata ia bergantung kepada pihak berkuasa agama negeri yang relevan untuk membuat keputusan.

 

Katanya, sejumlah 5,230 tempat ibadat untuk orang bukan Islam turut akan dibenarkan beroperasi seperti biasa berbanding dengan hanya 171 tempat ibadat sebelum ini.

Jelas Ismail, kapasiti maksimum tempat ibadat bukan muslim juga tidak boleh melebihi sepertiga daripada kapasiti keseluruhan.

Bagaimanapun, beliau berkata ia juga bergantung kepada persetujuan yang diberikan oleh kerajaan negeri kerana kerajaan pusat hanya memberikan persetujuan umum pada mesyuarat hari ini.

"Kebenaran yang kita berikan ni adalah secara umum, bermakna masih tertakluk kepada kebenaran kerajaan negeri," kata Ismail.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, mesyuarat khas yang diadakan hari ini telah membincangkan mengenai prosedur operasi standard (SOP) berhubung cadangan pembukaan semula pusat spa, kesihatan dan refleksologi.

Kerajaan juga menyentuh mengenai industri Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (Mice)

"Di princile, kami tidak ada halangan dan SOP yang dicadangkan akan dibawa ke Majlis Keselamatan Nasional (NSC) untuk persetujuan," katanya.

"Secara dasar, mesyuarat khas tiada halangan dan cadangan SOP ini akan dibawa ke Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara untuk kelulusan," katanya.