Skip to main
Logo Malaysiakini

Menteri: Tiada alasan tak perbaharui visa jika tamat tempoh ketika PKP

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata tidak ada alasan bagi pelancong, untuk tidak memperbaharui visa mereka sekiranya tamat tempoh semasa perintah kawalan pergerakan (PKP).

"Saya telah mengumumkan sebelum ini, mereka yang telah tinggal melebih tempoh yang dibenarkan boleh kembali ke negara asal dengan menunjukkan tiket penerbangan mereka di lapangan terbang.

"(Saya juga mengumumkan bahawa) jika mereka ingin tinggal lebih lama, mereka perlu pergi ke pejabat imigresen melalui temu janji untuk memperbaharui visa mereka dan sebagainya.

"Pejabat imigresen juga telah dibuka sejak beberapa ketika, sejak PKP bersyarat (PKPB) jika saya tidak salah, dan mereka berpeluang untuk memperbaharui visa mereka.

"Jadi tidak ada alasan mengapa mereka tidak dapat memperbaharui visa mereka," kata Ismail dalam sidang akhbarnya hari ini.

Malaysiakini semalam melaporkan bahawa puluhan pelancong dan pelancong perniagaan dari India ditahan di depoh tahanan imigresen setelah visa 30 hari mereka tamat dalam tempoh PKP.

[Berita lanjut menyusul]