'Bagaimana polis silap identiti lelaki Nepal mati dalam tahanan?'
Pihak polis perlu menjelaskan bagaimana seorang lelaki Nepal yang meninggal dunia di lokap Jinjang pada 31 Mei lalu telah salah dikenal pasti identitinya, kata NGO Menghapuskan Deraan dan Kematian Tahanan (Edict).
Polis Kuala Lumpur sebelum ini berkata "Dhan Bahdur" berusia 37 tahun ditemui mati di selnya selepas lima hari dia direman.
Kedutaan Nepal kemudian dilaporkan mengesahkan Dhan Bhadur sebenar telah meninggalkan Malaysia pada 2018 dan masih lagi hidup di Nepal.
Semalam, polis berkata pihaknya sedang memeriksa dengan Jabatan Imigresen untuk memastikan identiti lelaki yang meninggal dunia itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Edict mempersoalkan mengapa pihak berkuasa gagal mengenal pasti identiti mayat itu dengan betul.
"Mengapa mereka tidak menghubungi kedutaan Nepal untuk melakukan verifikasi pada saat mereka menangkap Dhan"?
"Kenapa mereka tidak mengedarkan fotonya untuk meminta pertolongan," soal NGO itu.
Edict selanjutnya menggesa polis untuk meneliti sekiranya pihak berkuasa itu terbabit dalam kematian lelaki itu dan melakukan sesuatu supaya dapat mengelakkan berlakunya kes kematian dalam tahanan.
NGO itu juga mempersoalkan mengapa imigresen tidak dapat mengenal pasti orang Nepal sejak bulan lalu.
"Sangat mengejutkan dalam suasana perhatian Covid-19 terhadap warga asing (dan) dengan latar belakang teknologi maklumat, Jabatan Imigresen sangat tidak responsif," katanya.
Edict menggesa Kedutaan Nepal membuat laporan polis terhadap salah pengenalan diri itu.
"Tanpa laporan seperti itu, kami tidak dapat memastikan polis akan melancarkan penyiasatan formal rasmi atas salah identifikasi dan mengendalikan hal ini dengan keseriusan yang sewajarnya," tambahnya.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Mazlan Lazim, sebelum ini menolak dakwaan perbuatan khianat dalam kematian warga Nepal walaupun keputusan bedah siasat dan makmal masih belum selesai.
Kematian itu diklasifikasikan sebagai "mati mengejut".
Mazlan berkata, si mati telah ditangkap pada 27 Mei lalu kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai