Beri ruang pada polis siasat kes penyamun bank mati ditembak
Orang ramai diminta tidak menimbulkan sebarang persepsi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis berhubung kes seorang lelaki yang maut ditembak pengawal keselamatan ketika cuba menyamun sebuah bank di Felda Ayer Tawar 5, dekat Kota Tinggi, Johor petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor SAC Md Yusof Ahmad berkata buat masa ini terdapat banyak ‘komen’ daripada para netizen di laman sosial berhubung kes berkenaan.
Beliau berkata semua pihak perlu memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan supaya tidak menimbulkan sensitiviti terhadap keluarga yang terlibat dalam kes itu.
“Terlalu banyak komen daripada netizen di Facebook, jadi kita minta orang ramai bagi ruang kepada polis untuk siasat, kerana kita siasat dari setiap sudut.
"Polis juga tidak pernah merahsiakan sebarang maklumat, malah identiti suspek juga masih belum diketahui kerana pengecaman belum dilakukan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi, hari ini.
Kes samun itu mendapat perhatian masyarakat terutama netizen di laman Facebook sejak semalam dan menimbulkan pelbagai reaksi serta pelbagai dakwaan.
Dalam kejadian pada pukul 2.04 petang semalam, suspek berusia 19 tahun itu ditembak mati oleh seorang pengawal keselamatan menggunakan ‘pump gun’ ketika cuba menyamun bank dan menahan seorang wanita sebagai tebusan.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai