Skip to main
Logo Malaysiakini

Tiada pakatan sulit di belakang PH, jamin naib presiden PKR

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

WAWANCARA | Di tengah perselisihan dalam Pakatan Harapan (PH) mengenai siapa calon perdana menteri dari blok pembangkang, seorang pemimpin kanan PKR telah memberi jaminan bahawa parti itu tidak membuat sebarang perjanjian rahsia di belakang sekutun mereka.

Dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini hari ini, Naib Presiden PKR Chang Lih Kang berkata Anwar Ibrahim selalu berkongsi maklumat mengenai hubungan politik beliau kepada DAP dan Amanah.

Dia menekankan bahawa tuduhan perjanjian rahsia membabitkan PKR "pasti tidak benar".

"Untuk Anwar, setiap kali dia bertemu sesiapa, dia akan beritahu Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) dan Mohamad Sabu (Presiden Amanah).

"Mereka tahu. Saya tidak melihat masalah di sana.

"Katakanlah (jika) seseorang membuat perjanjian tanpa persetujuan PH, pasti itu tidak boleh dilaksanakan," katanya ketika disoal mengenai perkara itu.

"Semua pertemuan akan dilaporkan kepada rakan kongsi kami," jelas Chang dalam temu buat secara dalam talian itu.

Anwar - yang juga presiden PKR - dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad ketika ini berada dalam kebuntuan mengenai siapa yang dapat menarik sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat dan siapa yang harus memimpin blok pembangkang dalam mengembalikan mandat yang diberikan kepada PH dalam PRU ke-14 lalu.

Tidak berurusan dengan menteri

Krisis itu melihat memecah-belahkan gabungan PH, dengan PKR tidak berganjak daripada keputusan mengekalkan Anwar sebagai calon perdana menteri.

DAP dan Amanah pula mendedahkan bahawa ahli parlimen Port Dickson itu belum dapat memperolehi sokongan majoriti anggota parlimen.

Semalam, ketua whip PKR, Johari Abdul, memberitahu Anwar mengadakan pertemuan dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin dan pemimpin Sarawak dalam beberapa minggu terakhir ini.

Ia muncul ekoran peringatan Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong agar PKR tidak bekerjasama dengan Hamzah yang didakwa sebagai salah seorang perancang di sebalik Langkah Sheraton yang menyebabkan PH ditumbangkan.

Hari ini, Chang menolak kebimbangan mengenai pertemuan Anwar dengan pemimpin PN.

"Ini tidak bermaksud kami mengundang mereka untuk bergabung dengan kami.

"Sebarang keputusan untuk terima atau tolak akan dibawa ke pucuk pimpinan PKR untuk diputuskan juga akan dibawa semula ke PH," katanya.

Ahli parlimen Tanjung Malim itu juga menekan, PKR tidak membuat sebarang perjanjian sulit dengan Hamzah.

"Dia (Liew) membuat anggapan bahwa kami berurusan dengan Hamzah.

"Setahu saya, kami tidak berurusan dengan dia (Hamzah)," katanya

[Baca berita asal]