Skip to main
Logo Malaysiakini

Petugas di kawasan PKP pentadbiran antara 21 kes baru Covid-19

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Malaysia hari ini mencatatkan 21 kes Covid-19 baru melibatkan dua kes jangkitan yang diimport dan 19 kes penularan tempatan.

Transmisi tempatan terdiri daripada 12 rakyat Malaysia dan tujuh bukan warganegara, menurut Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada 12 rakyat Malaysia itu, sepuluh orang dari Selangor termasuk petugas barisan hadapan bukan perubatan yang ditempatkan di kawasan perintah kawalan pergerakan (PKP) pentadbiran Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama.

Kawasan-kawasan tersebut diletakkan di bawah PKP pentadbiran sejak 16 Jun lalu kerana peningkatan kes Covid-19 di sana.

Kes-kes lain di Selangor yang melibatkan rakyat Malaysia termasuk tujuh dari saringan sekolah tahfiz yang disasarkan, satu melibatkan ahli keluarga berkaitan dengan kluster rumah orang tua dan ahli keluarga kluster baru di Labu Lanjut, di Sepang.

Baki penularan tempatan yang melibatkan rakyat Malaysia ialah seorang banduan yang disaring sebelum dipindahkan ke penjara di Seremban dan satu lagi kes tanpa gejala yang dikesan melalui pemeriksaan masyarakat di Kota Kinabalu.

Bagi penularan tempatan yang melibatkan tujuh orang bukan warganegara, semuanya terdiri daripada kontak rapat dengan Pesakit 8,498 dan Pesakit 8,523.

"Semua mereka adalah rakan serumah," kata Noor Hisham dalam satu kenyataan.

Kes-kes yang diimport pula melibatkan seorang warganegara Malaysia dan seorang warga asing dengan status penduduk tetap.

[Baca berita penuh]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.