Skip to main
Logo Malaysiakini

KKM henti guna hydroxychloroquine untuk rawat Covid-19

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kementerian Kesihatan telah berhenti menggunakan ubat antimalaria hydroxychloroquine untuk merawat pesakit Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, keputusan itu diambil setelah data yang dikumpulkan oleh KKM tidak menunjukkan keberkesanan ubat yang signifikan dalam membantu pesakit Covid-19 memerangi koronavirus baru itu.

"Hydrochlorogquine bukan ubat baru.  Dah guna pakai 40 tahun untuk malaria 

"Tapi rawatan Covid-19 kita guna off label. Tidak ada lagi data kata ubat ini boleh dipakai. Tiada indikasi untuk penyakit atau pesakit Covid-19.

"Tapi kita gunakan, satu anti radang, anti inflamasi.

"Tapi bila kumpulkan data-data dan sebanyak 500 kes dapati ia tidak ada kesan yang positif. Statistik tak tunjukkan dia ada keberkesanan," kata beliau pada sidangmedia harian di Putrajaya hari ini.

[Baca berita penuh]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.