Britain bakal tarik balik perintah kuarantin pengunjung dari negara risiko rendah
GLOBAL | Britain tidak lagi mengenakan perintah kuarantin dua minggu bagi pengunjung yang tiba dari negara yang dianggap memiliki risiko Covid-19 yang lebih rendah, menurut laporan Reuters hari ini.
Menurut laporan itu, kerajaan Britain juga akan mengendurkan nasihat larangan keluar negara - kecuali untuk urusan penting - untuk sejumlah negara dan wilayah.
Negara-negara akan diletakkan dalam tiga kategori iaitu hijau, jingga dan merah, dengan pengunjung daripada negara kategori hijau tidak lagi perlu menjalani kuarantin sebaik ketibaan mereka.
"Sistem pengurusan risiko baru kami akan membolehkan pembukaan secara cermat beberapa laluan perjalanan selamat di seluruh dunia.
"Tetapi kami tidak akan ragu-ragu untuk menghentikannya jika sebarang risiko muncul kembali," kata seorang jurucakap kerajaan yang dipetik laporan itu.
Ditetapkan oleh panel pakar, pengkategorian itu akan dibuat berdasarkan antara lain tahap penularan Covid-19, trajektori wabak dan kebolehpercayaan data.
Ia akan diumumkan minggu depan dan dijangka berkuat kuasa seminggu selepasnya, kata laporan itu lagi.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai