Skip to main
Logo Malaysiakini

Menteri: RUU isu gangguan seksual akan dibentang tahun ini

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan gangguan seksual akan dibentang selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Rina Harun berkata pihaknya kini sedang memperhalusi RUU tersebut.

"Sebenarnya kita ada banyak dasar namun bagi saya, paling penting adalah pelaksanaannya. Banyak dasar nanti hanya jadi buku sahaja.

"Kita juga ​kini ​sedang melihat semula beberapa dasar seperti dasar kanak-kanak dan warga emas untuk ditambah baik.

"Pada masa sama, kita sedang memperhalusi Rang Undang-Undang (RUU) Gangguan Seksual dan akan membentangkannya di Parlimen pada tahun ini," katanya dalam wawancara dengan Bernama.

Jelas Rina, dari aspek pelaksanaan, ia memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk kerajaan negeri.

Ini kerana, katanya, ada negeri yang mempunyai undang-undang yang sedikit berbeza.

Rina ditemuramah pemberita berhubung pelancaran insentif Penjana khusus untuk golongan sasar kementerian itu yang terdiri daripada kanak-kanak, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan komuniti.

Dalam wawancara itu juga Rina ditanya sama ada pihak kementeriannya mempertimbangkan untuk meneruskan normal baharu bekerja dari rumah (BDR) terutama bagi golongan ibu bekerjaya.

rlukan perbincangan lanjut yang melibatkan ramai pihak.

Kata Rina, pihaknya melihat hasil dan kebolehlaksanaan normal baru itu.

Namun, katanya, untuk terus dilaksanakan, ia memerlukan perbincangan lebih lanjut memandangkan ada pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah dan masih perlu turun di lapangan.

"Bagaimanapun, saya mengambil pandangan bahawa apa yang dipraktikkan sepanjang PKP ini sesuatu yang positif.

"Mungkin boleh difikirkan pada mereka yang ada anak kecil, yang masih perlukan perhatian," katanya.