Skip to main
Logo Malaysiakini

Polis temui mayat ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang diculik

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Mayat seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang menjadi mangsa culik ditemukan dalam kawasan belukar di Batu 27 Jalan Rawang, Bestari Jaya, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmad, berkata mayat lelaki berusia 55 tahun itu ditemukan kira-kira jam sembilan pagi ini.

Menurutnya, mangsa sebelum ini dilaporkan diculik ketika berjoging di taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada 10 Jun lalu.

"Mangsa diculik kira-kira jam 10.30 pagi pada hari kejadian," katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Menurutnya, mangsa diculik untuk tebusan.

Ketika berita ini ditulis, tinjauan Bernama mendapati pasukan penyiasat masih berada di lokasi kejadian bagi mendapatkan sebarang petunjuk dan maklumat tambahan berkaitan kes tersebut.

-Bernama