Skip to main
Logo Malaysiakini

Polis cari lelaki bantu siasatan kes culik, bunuh Datuk Seri

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Polis Selangor sedang mencari seorang lelaki yang dikenali sebagai N Vikneswarar bagi membantu siasatan kes penculikan dan kematian seorang "Datuk Seri".

Lelaki berusia 28 tahun itu, yang dikenali sebagai "Thamby" dan "Vinod" beralamat di 587/144, Taman Hijau Baru, 48000 Rawang, Selangor.

Polis juga menyebut alamat lain iaitu 587 - 144, Taman hijau baru 2/1, 48000 Rawang, Selangor.

Lelaki berkenaan memiliki kad pengenalan bernombor 920716-14-6331.

Maklumat itu dikeluarkan sehari setelah polis memburu seorang lelaki berusia 26 tahun yang dikenali sebagai El.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat memberitahu media bahawa polis berjaya menahan El sekitar jam 7.30 malam semalam selepas mendapat maklumat daripada orang ramai.

Dia ditahan di Bukit Sentosa, Kuala Kubu Bharu.

Polis mendapatkan perintah tahanan reman tujuh hari terhadap suspek sehingga 5 Julai.

Sebelum itu, polis menahan tujuh lelaki yang dikaitkan dengan kes tersebut.

Salah seorang daripada mereka bergelar "Datuk" dan merupakan calon DUN Selangor pada pilihan raya ke-13 dan dikatakan sebagai dalang penculikan itu.

Mangsa merupakan seorang peniaga berusia 55 tahun, yang diculik ketika berjoging di Bandar Sri Damansara pada 10 Jun, dan ditemui mati di kawasan semak di Jalan Rawang, Bestari Jaya pada 27 Jun.

Malaysiakini difahamkan niat di sebalik penculikan itu adalah untuk mendapatkan kembali wang selepas suspek melabur di dalam projek hartanah oleh mangsa yang tidak pernah dilaksanakan.