Skip to main
Logo Malaysiakini

Kerajaan digesa henti tindakan terhadap pengamal media

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Persatuan Editor Akhbar Cina Malaysia menggesa kerajaan menghentikan tindakan undang-undang terhadap dua pengamal media untuk menegakkan kebebasan akhbar.

Persatuan itu merujuk siasatan polis terhadap ketua editor CodeBlue, Boo Su-Lyn yang didakwa melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972 dan prosiding penghinaan yang dibawa oleh peguam negara terhadap ketua pengarang Malaysiakini, Steven Gan.

Berhubung kes Boo, persatuan itu menyorot bahawa Boo melaporkan tentang dokumen yang sudah didekalsifikasi sebagai bukan rahsia.

Persatuan itu mendesak kerajaan untuk mengkaji semula Akta Rahsia Rasmi 1972 memandangkan sekarang adalah zaman maklumat dan kerajaan tidak boleh mengekang hak orang untuk mendapat maklumat.

Bagi kes Gan pula, persatuan itu berkata prosiding penghinaan susulan komen pembaca adalah tidak wajar dan melanggar kebebasan bersuara.

Mereka berkata bahawa kerajaan harus menyasarkan pengguna internet yang tidak bertanggungjawab dan bukan media yang menyediakan platform untuk ekspresi.

"Organisasi media yang bertanggungjawab akan melibatkan pembaca dan menegakkan semangat kebebasan bersuara bersama-sama untuk mewujudkan platform untuk berdialog," kata persatuan itu.