Skip to main
Logo Malaysiakini

M'sia, S'pura akan putuskan kategori penumpang 'travel bubble'

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Malaysia dan Singapura dijangka mengumumkan kategori penumpang yang akan dibenarkan untuk melakukan perjalanan antara dua negara itu.

Bercakap ketika taklimat berkaitan Covid-19 hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata perbincangan dengan Singapura telah pun dimulakan.

"Jadi mungkin kita akan mengenalpasti kumpulan-kumpulan yang kita benarkan (melakukan perjalanan).

"Jadi insyallah akan diumumkan sedikit masa lagi," katanya ketika ditanya mengenai perkembangan perbincangan kementerian itu berhubung 'travel bubble' dengan beberapa negara.

Selain Singapura, Malaysia juga mempertimbangkan untuk membenarkan perjalanan antara Brunei, Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand.

Noor Hisham berkata perbincangan dengan lima negara terbabit masih di peringkat awal.

"Kita kena lihat suasana ataupun situasi semasa negara masing-masing dan juga SOP (prosedur operasi standard) supaya kita dapat SOP yang dapat kita guna pakai untuk kedua-dua negara," katanya.

Untuk mewujudkan 'travel bubble', kedua-dua negara perlu mewujudkan SOP yang sama.