Skip to main
Logo Malaysiakini

Pengerusi pertubuhan asrama anak yatim direman isu tuntutan zakat

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Seorang pengerusi Pertubuhan Asrama Anak-anak Saudara Kita, Yatim, Fakir dan Miskin hari ini ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung tuntutan wang zakat berjumlah RM116,640.

Majistret Wan Aziantie Wan Ab Karim memerintahkan lelaki berumur 59 tahun itu direman selama enam hari bermula hari ini.

Suspek ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu kira-kira pukul 2 petang semalam selepas hadir memberi keterangan.

Dia dikatakan mengemukakan satu dokumen permohonan bantuan wang zakat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) yang mengandungi butiran palsu pada 2018.

Suspek yang tiba di mahkamah kira-kira pukul 9.40 pagi tadi akan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

- Bernama