Skip to main
Logo Malaysiakini

50 buah sekolah di Perlis alami masalah anai-anai

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kira-kira 50 buah sekolah di Perlis mengalami masalah serangan anai-anai yang memerlukan tindakan segera bagi mengelakkan insiden tidak diingini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri Rozieana Ahmad berkata kerajaan negeri mempunyai peruntukan yang terhad untuk membaiki dan menyelenggara sekolah terbabit.

Kebanyakan sekolah yang terlibat berusia lebih separuh abad dan kerajaan negeri menerima banyak aduan daripada pihak sekolah berhubung masalah ini, katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma dekat Kangar hari ini.

“… kita berharap pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dapat segera membantu bagi menyegerakan proses membaiki dan menyelenggara bangunan sekolah di negeri ini,” katanya.

Mengulas kejadian sebahagian bumbung blok C, SMK Derma yang runtuh pada Sabtu lepas, Rozieana berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya bagi membaiki bangunan tersebut dalam masa terdekat.

-Bernama