Pelajar antarabangsa perlu meninggalkan AS, jika beralih kepada pembelajaran dalam talian
Jika tidak, pelajar berisiko melanggar status visa mereka.
"Pelajar antarabangsa juga tidak dibenarkan mengikuti pengajian sepenuhnya melalui kelas dalam talian," kata Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) dalam satu kenyataan.
Di bawah garis panduan Program Pertukaran Pelajar (SEVP) yang baharu dipinda, dikendalikan ICE, Jabatan Negara AS tidak akan mengeluarkan visa kepada pelajar yang mendaftar di sekolah atau program dalam talian sepenuhnya untuk semester 2020.
Sementara itu, pelajar asing F-1 yang mengikuti sebahagian pembelajaran secara dalam talian dan menghadiri kelas terikat dengan peraturan persekutuan yang ada. Pelajar dalam kategori ini yang layak boleh mengambil maksimum satu kelas atau tiga jam kredit secara dalam talian, menurut kenyataan itu.
"Pengecualian di atas tidak tertakluk kepada pelajar yang mengikuti program bahasa Inggeris atau pelajar ijazah vokasional, mereka tidak dibenarkan mendaftar kursus dalam talian," kata kenyataan itu.
Pendaftaran pelajar antarabangsa di AS menurun dalam setiap kategori dengan 269,383 mendaftar pada 2018-2019 berbanding 300,743 pelajar baharu pada 2015-2016, menurut Institut Pendidikan Antarabangsa .
Data Jabatan Perdagangan menunjukkan pelajar antarabangsa menyumbang US$45 bilion kepada AS pada 2018.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai