Skip to main
Logo Malaysiakini

Sabah perlu RM2.5b untuk baik pulih kawasan banjir - Junz Wong

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kerajaan negeri Sabah menggesa kerajaan persekutuan memperuntukan dana sebanyak RM2.5 billion menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi projek membaik pulih kawasan banjir di empat daerah di negeri Borneo itu.

Hal ini selepas 11 daerah di Sabah dilaporkan terjejas dengan banjir sejak bulan lalu.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Junz Wong berkata negeri itu telah diperuntukan sejumlah RM511 juta bagi membina infrastruktur asas bagi membaik pulih kawasan banjir sejak 20 tahun lalu.

Ia termasuk RM3 Juta di bawah Rancangan Malaysia ke-7 dan RM300 juta di Rancangan Malaysia ke-11 dari Putrajaya beserta RM200 juta dari kerajaan negeri.

“Kita masih kekurangan dalam RM2.5 billion dan (peruntukan) itu malah tidak termasuk dengan Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Kota Marudu dan Beufort,” katanya seperti dipetik portal Borneo Post.

Jelasnya, perbezaan politik tidak wajar dijadikan isu untuk meneliti permintaan Sabah kerana Ketua Menterinya, Shafie Apdal telah menegaskan

bahawa kerajaan negeri itu akan sentiasa bekerjasama dengan kerajaan persekutuan.

“Kamu lihat, apabila kamu membentuk kerajaan persekutuan, kamu sebenarnya membina negara. Bila membina negara, kamu ditugaskan untuk menjaga kepentingan rakyat di Malaysia,” katanya lagi.