Skip to main
Logo Malaysiakini

Kapal tentera laut AS terbakar, 18 kru cedera

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

GLOBAL | Lapan belas anak kapal cedera dalam kebakaran kapal Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) di Pangkalan Tentera Laut San Diego, California pada Ahad pagi, lapor agensi berita Xinhua, memetik pihak berkuasa.

Kesemua kru kapal USS Bonhomme Richard itu telah dipindahkan ke hospital tempatan dengan kecederaan ringan, memetik Twitter Tentera Laut Surface, US Pacific Fleet, sambil menambah bahawa semua anak kapal yang berada di luar kapal dilaporkan selamat.

Kira-kira 160 kru berada di atas kapal berkenaan ketika kebakaran dapat dipadamkan sekitar 8.30 pagi waktu tempatan, menurut ciapan tersebut.

Kapal berkenaan sedang diselenggara dan jumlah anak kapal adalah 1,000, kata Angkatan Laut AS.

- Bernama