Skip to main
Logo Malaysiakini

Kes positif Covid-19 di Brazil menghampiri 1.9 juta

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

GLOBAL | Brazil pada Isnin melaporkan sebanyak 1,884,967 kes positif Covid-19 dicatat di negara itu.

Wabak berkenaan juga sudah meragut hampir 72,890 nyawa, lapor agensi berita Xinhua.

Terkini, Kementerian Kesihatan Brazil menyatakan sebanyak 20,286 kes jangkitan baru dicatatkan dengan 733 pesakit meninggal dunia.

Pada masa sama, sejak wabak itu mula melanda negara terbabit, seramai 1,154,837 pesakit sudah pulih.

Sao Paulo - negeri padat dengan penduduk - menjadi paling teruk terjejas dengan menyaksikan 374,607 kes jangkitan dan 17,907 kematian.

Ia diikuti Rio de Janeiro (132,044 kes dan 11,474 kematian) serta Ceara (137,206 kes dan 6,947 kematian).

Brazil negara kedua paling teruk diancam Cocid-19 di dunia selepas Amerika Syarikat.

- Bernama