Skip to main
Logo Malaysiakini

Covid-19: 3 kes baru, 2 penularan tempatan

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Sebanyak tiga kes Covid-19 baru dilaporkan hari ini dengan dua daripadanya membabitkan kes penularan tempatan manakala satu lagi kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, dengan penambahan kes baru itu, jumlah kumulatif kes di Malaysia kini sebanyak 8,737, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 77 kes.

“Daripada tiga kes baru yang dilaporkan, satu kes adala kes import iaitu seorang warganegara Malaysia yang telah mendapat jangkitan di luar negara.

“Kedua-dua kes penularan di dalam negara pula adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia dan tiada kes di kalangan warganegara Malaysia dilaporkan pada hari ini,” katanya pada sidang medianya di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa terdapat 12 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,538kes atau 97.7peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat tiga kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 122 kes atau 1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.