Skip to main
Logo Malaysiakini

Raja Saudi, Salman, 84, dikejarkan ke hospital

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

GLOBAL l Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz yang berusia 84 tahun telah dikejarkan ke hospital di ibu kota Riyadh. Baginda dilaporkan mengalami radang pundi hempedu, kata agensi berita negara SPA pada hari Isnin.

Raja itu, telah memerintah negara pengeksport minyak terbesar di dunia dan adalah sekutu rapat Amerika Syarikat sejak 2015. Baginda disebut sedang menjalani pemeriksaan perubatan, tambah agensi itu, tanpa memberikan perincian.

Raja Salman, penjaga dua kota suci Islam, menghabiskan lebih dua setengah tahun sebagai putera mahkota Saudi dan timbalan perdana menteri dari Jun 2012 sebelum menjadi raja. Baginda juga pernah berkhidmat sebagai gabenor wilayah Riyadh selama lebih 50 tahun.

Pewaris takhtha seterusnya adalah adalah Putera Mahkota, Mohammed bin Salman, yang juga dikenali dengan panggilan MBS , yang telah melancarkan reformasi untuk mengubah ekonomi kerajaan dan mengakhiri "ketagihan" negara itu kepada minyak.

Putera berusia 34 tahun, itu amat disenangi di kalangan pemuda Saudi, dan telah mendapat pujian kerana mengurangkan sekatan sosial di negara Islam konservatif berkenaan dengan memberikan lebih banyak hak kepada wanita dan berjanji untuk mempelbagaikan ekonomi.

Bagi para penyokong keluarga diraja, keberanian di dalam dan luar negeri tersebut adalah perubahan yang dialu-alukan.

-Reuters