Skip to main
Logo Malaysiakini

Presiden Brazil diuji positif Covid-19 buat kali ketiga

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

GLOBAL | Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, sekali lagi diuji positif Covid-19 yang memerlukannya kekal berada di bawah pengasingan, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan pejabat presiden pada Rabu.

Menurut agensi berita itu lagi ia merupakan ujian positif kali ketiga yang dilakukan pada Selasa namun menegaskan Bolsonaro "dalam keadaan baik."

"Presiden Jair Bolsonaro berada dalam keadaan baik, ditemani pasukan perubatan presiden.

"Ujian yang dilakukan presiden semalam (21 Julai), didapati positif," jelas kenyataan itu.

Pada 7 Julai, Bolsonaro mengumumkan beliau positif Covid-19 selepas mengalami demam.

Sejak itu presiden terbabit menjalankan tugasnya dari rumah dan tidak menghadiri acara umum.

Bolsonaro, 65, termasuk dalam kalangan berisiko untuk dijangkiti virus itu.

- Bernama