Raja Arab Saudi selamat jalani pembedahan laparoskopi
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan
Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud selamat menjalani pembedahan laparoskopi di Hospital Pakar King Faisal, Riyadh, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Berdasarkan kenyataan dikeluarkan Mahkamah Diraja pada Khamis, baginda yang juga Penjaga Dua Masjid Suci, masih perlu berada di hospital untuk menjalani rawatan disyorkan pasukan perubatan.
"Raja Salman menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Arab Saudi. Baginda juga menyampaikan penghargaannya kepada semua pihak yang memberikan ucapan dan mendoakan kesihatannya,” tambah kenyataan itu.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai