Skip to main
Logo Malaysiakini

Tempoh perkhidmatan pengerusi FGV dilanjutkan

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD) melanjutkan tempoh perkhidmatan Azhar Abdul Hamid sebagai pengarah dan pengerusi lembaga pengarah FGV lantikan kerajaan berkuat kuasa 8 Sept, 2020.

FGV Holdings menerusi kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini berkata Azhar dilantik sebagai pengerusi syarikat perladangan itu pada 11 Sept, 2017.

MKD merupakan pemegang saham khas syarikat tersebut.

- Bernama