Skip to main
Logo Malaysiakini

Bersih gesa Zuraida tak mengalah dengan idea pilihan raya PBT

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin digesa tidak menyerah kalah berhubung desakannya untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan, sama seperti mana dilakukan ketika Dr Mahathir Mohamad menentang idea berkenaan semasa menjadi perdana menteri.

Bercakap kepada Malaysiakini, Pengerusi Bersih, Thomas Fann berkata, Zuraida harus melibatkan Umno dan PAS bagi mendengar alasan parti berkenaan menolak pilihan raya kerajaan tempatan.

"Dia bertegas ketika Mahathir (mengatakan 'tidak' untuk pilihan raya tempatan pada bulan Disember 2018). Dia mengatakan akan terus menyiapkan kertas kerja. Beliau berhujah untuk melakukan pemulihan (suara ketiga).

"Kami mahu dia terus dalam mood seperti itu bahawa dia akan berterusan (dengan pendirian itu) kerana dia percayakannya. Dia tidak boleh menyerah tanpa berusaha melibatkan mereka (Umno dan PAS) dan mendengar kebimbangan mereka," katanya.

Fann percaya bahawa masyarakat sivil, pembangkang atau beberapa pihak dalam Perikatan Nasional (PN) bersamanya untuk memulihkan 'undi ketiga'.

Disebut sebagai undi ketiga, pilihan raya kerajaan tempatan kali terakhir diadakan di Malaysia pada tahun 1965.

Manifesto Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14 tidak berjanji untuk memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan tetapi menyatakan bahawa ia akan "memperkuat demokrasi tempatan" dan menjadikan pihak berkuasa tempatan lebih bertanggungjawab kepada orang ramai.

Ia juga berjanji untuk meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 bagi mencerminkan hasrat ini.

Minggu lalu, Zuraida mengatakan kementeriannya masih merancang untuk meneruskan pilihan raya kerajaan tempatan, yang beliau mulakan ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, anggota parlimen kerajaan dari Umno dan PAS menyuarakan bantahan mereka terhadap cadangan itu.

Pada Disember 2018, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dilaporkan mengatakan bahawa pilihan raya kerajaan tempatan hanya akan menguntungkan orang Cina.

Awal bulan ini, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berpendapat bahawa pilihan raya kerajaan tempatan akan memecahbelahkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Fann mempersoalkan apakah Umno dan PAS menentang pilihan raya kerajan tempatan berdasarkan demografi perkauman yang "ketinggalan zaman" daripada 154 kerajaan tempatan.

Menurut Fann, ibu negara Kuala Lumpur dan kawasan bandar seperti Petaling Jaya juga telah menjadi kawasan majoriti Melayu.

Kawasan majoriti Cina yang tinggal berkurang kepada enam, termasuk Sibu, Kuching Selatan, Ipoh, Pulau Pinang dan Iskandar Puteri.

"(Mengenai kebimbangan pilihan raya tempatan meningkatkan perbezaan kaum), ini mungkin terjadi jika kamu mengambil data dari tahun 1960-an (mengenai) penumpuan orang bukan Melayu di kawasan bandar," katanya.

[Baca berita penuh]