Skip to main
Logo Malaysiakini

Taman Rimba Kiara kini dikenali Taman Awam Bukit Kiara - DBKL

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil keputusan menukar nama Taman Rimba Kiara di Kuala Lumpur, kepada Taman Awam Bukit Kiara.

DBKL menerusi notis makluman yang dimuat naik di Facebook memaklumkan penukaran itu bertujuan mengelak kekeliruan warga kota dengan taman awam berskala besar diselenggara Jabatan Landskap Negara (Taman Persekutuan Bukit Kiara) yang terdapat berhampiran taman tersebut.

“Taman tersebut masih beroperasi seperti biasa, DBKL dari masa ke semasa akan menjalankan kerja naik taraf taman berkenaan bagi memastikan keselesaan pengguna,” menurut hantaran tersebut yang turut mengingatkan orang ramai agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penularan Covid-19.

- Bernama