Skip to main
Logo Malaysiakini

Badan pemantau: Layanan terhadap Rayhan takutkan pekerja asing

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Hukuman terhadap warga Bangladesh, Rayhan Kabir akan menyebabkan pekerja asing takut akan dikenakan tindakan sekiranya mereka bersuara menentang penganiayaan, kata Human Rights Watch.

"(Ini memberikan) mesej yang menakutkan kepada semua pekerja asing bahawa bercakap mengenai penganiayaan hak asasi berisiko ditangkap, dihantar pulang, dan disenarai hitam sewenang-wenangnya," kata Phil Robertson, timbalan pengarah Human Rights Watch Asia.

Beliau berkata, penahanan lelaki itu yang merupakan seorang sumber dalam sebuah dokumentari memberi kesan buruk terhadap kebebasan bersuara dan media di Malaysia.

Rayhan merupakan individu penting dalam dokumentari Al Jazeera berjudul "Lock up in Malaysia's Lockdown's" yang menceritakan bahaya dihadapi pendatang asing tanpa dokumen di negara ini.

Dokumentari ini menimbulkan kemarahan kerana ia menggambarkan perkauman merupakan faktor mengapa pendatang asing tanpa dokumen ditahan ketika Malaysia menutup beberapa kawasan akibat kemuncak penularan wabak Covid-19

Berikutan itu, pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap penerbit filem itu menahan Rayhan, serta berikrar beliau diusir dari Malaysia dan tidak dibenarkan kembali semula ke negara ini.


Baca: Ismail Sabri bidas Al JAzeera, gesa mohon maaf pada rakyat M'sia


Human Rights Watch berkata, layanan terhadap Rayhan menimbulkan kebimbangan mengenai proses sewajarnya apabila permit kerjanya ditarik balik dan dihantar pulang tanpa diberi peluang membela diri.

"Serangan oleh kerajaan terhadap Rayhan, pada waktu meningkatnya xenofobia di Malaysia, menyalakan api sikap tidak bertolak ansur," kata Human Rights Watch.

Badan itu berkata hak asasi manusia termasuk hak untuk mengekspresikan diri dan melalui proses sewajarnya, harus diberi kepada semua individu, termasuk bukan warganegara.

Tambahnya, bercakap kepada media mengenai perlakuan terhadap pekerja asing bukanlah satu jenayah.

"Kerajaan Malaysia harus lepaskan Kabir dan menangani kritikan untuk meningkatkan penghormatan terhadap hak asasi manusia di negara ini," kata badan itu.

[Baca berita penuh]