Skip to main
Logo Malaysiakini

Syarat wajib pakai pelitup muka dikuatkuasakan secara berperingkat

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Peraturan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka akan dilaksanakan secara berperingkat, yang akhirnya bakal menyaksikan orang ramai memakainya ketika keluar dari rumah masing-masing.

Menjelang tarikh pelaksanaannya pada 1 Ogos, Ketua Pengarah esihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini berkata, bahawa kerajaan berhasrat untuk menyediakan pelitup muka tiga lapis kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Bercakap pada sesi soal jawab dengan media, dia berkata, senarai "tempat awam yang sesak" yang memerlukan penggunaan pelitup muka akan akan diumumkan tidak lama lagi.

Peraturan itu akan dikuatkuasakan dengan pengangkutan awam dan penerbangan, yang sudah mewajibkan penumpang mereka memakai pelitup muka sebagai sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) masing-masing.

"Kami memberikan tempoh satu bulan sehingga kami dapat memeriksa pelaksanaannya dan juga akses kepada topeng. Orang miskin dan tidak berkemampuan juga mesti diberikan topeng.

"Sekiranya setiap orang memiliki akses kepada topeng, maka mungkin sepanjang perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), kami akan menetapkan (peraturan) sebaik sahaja keluar dari rumah, setiap orang perlu memakai topeng," katanya.

Ketika ditanya apakah keluarga berpendapatan rendah atau keluarga B40 akan dibekalkan pelitup muka untuk membolehkan mereka mematuhi peraturan itu, Dr Noor Hisham berkata bahawa rancangan itu sedang dalam proses.

"Kami memberi tempoh satu bulan bagi kerajaan untuk memeriksa keberkesanan topeng kain yang sebenarnya disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia - (ialah) topeng tiga lapisan.

"Ini supaya kita tidak perlu mengganti topeng setiap masa kerana harganya mahal. Jadi jika ia adalah topeng kain dan jika setiap individu mempunyai topeng kain, kita boleh mencucinya dan memakainya semula.

"Jadi, kita sedang meneliti pengeluaran topeng kain sehingga mampu membekalkannya," jawabnya.

Mulai bulan depan, mereka yang ditangkap tanpa pelitup muka di tempat yang disyaratkan boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

[Baca berita penuh]