Letupan di Beirut: Pengurus pelabuhan antara 16 ditahan
GLOBAL | Pihak berkuasa Lubnan telah menahan 16 individu dalam siasatan terhadap letupan di gudang di pelabuhan Beirut, menurut agensi berita itu NNA, dengan sumber kehakiman dan media tempatan memaklumkan antara yang ditahan adalah pengurus pelabuhan itu.
Bagaimanapun NNA tidak menamakan individu yang ditahan, tetapi Fadi Akiki, wakil kerajaan di mahkamah tentera, dalam kenyataan berkata lebih 18 kakitangan di pelabuhan dan kastam serta pekerja penyelenggaraan telah disoal siasat setakat ini.
"Enam belas orang telah ditahan sebagai sebahagian dari penyiasatan," kata Akiki seperti dipetik NNA. Dia berkata siasatan masih berterusan.
Seorang sumber kehakiman dan media tempatan berkata pengurus Pelabuhan Beirut, Hassan Koraytem adalah antara yang ditahan.
Sebelum itu, bank pusat telah memerintahkan pembekuan akaun tujuh individu termauk Koraytem dan Badri Daher, ketua pengarah pihak berkuasa kastam Lubnan.
-Reuters
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai