Skip to main
Logo Malaysiakini

Faizal sedih tapi Dr M berhak ‘raikan demokrasi’

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Ahmad Faizal Azumu melahirkan rasa sedih susulan berita yang menyatakan bekas pengerusi parti itu Dr Mahathir Mohamad bakal menubuhkan parti baru.

Secara peribadi katanya, jika benar perkara itu dia merasakan amat sedih walaupun bekas perdana menteri itu berhak meraikan demokrasi.

"Perasaan saya secara peribadi jika benar Dr Mahathir ingin umumkan untuk buka satu parti baru saya berasa amat sedih.

"Namun beliau berhak untuk meraikan demokrasi, (supaya) rakyat mempunyai lebih banyak pilihan," katanya kepada media di Kota Bharu, hari ini.

Mahathir dalam acara Bersatu Blackout di Kedah bulan lepas

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Malaysiakini, hari ini, yang melaporkan Dr Mahathir dijangka mengumumkan penubuhan parti baru pada petang ini.

Langkah itu diambil selepas beberapa jam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin untuk mengetepikan saman Mahathir dan empat lagi anggota parlimen yang mencabar pemecatan mereka daripada Bersatu.

Menurut sumber, Mahathir dijangka mengadakan sidang akhbar di Yayasan Al Bukhary atau sebuah hotel di Kuala Lumpur bagi mengumumkan penubuhan parti baru itu.