Skip to main
Logo Malaysiakini

Harga RON95, RON97 turun lima sen

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun lima sen seliter kepada RM1.63 dan RM1.93 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 14 Ogos.

Sementara harga runcit diesel pula turun empat sen seliter kepada RM1.79.

"Penurunan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses, selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini," kata kementerian kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kementerian itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia, serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.