Skip to main
Logo Malaysiakini

CPTPP jejaskan hak pekerja jika diratifikasi - MTUC

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendesak kerajaan tidak meratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP)

MTUC berkata ia tidak melindungi hak pekerja dan akan mengakibatkan penghapusan perlindungan sedia ada.

“MTUC meminta kerajaan tidak meratifikasi CPTPP, walau apapun pendirian diambil oleh kerajaaan sebelumnya mengenai perjanjian perdagangan bebas.

"MTUC tidak ingin terjebak dalam pertelingkahan politik antara kerajaan sebelum ini dan sekarang tetapi kami mendesak kerajaan tidak menyertai CPTPP kerana ini menimbulkan ancaman besar terhadap hak pekerja dan menempatkan sejumlah besar pekerjaan berisiko di sebalik kononnya Perdagangan Bebas.

"Kami mendapati CPTPP memberikan negara-negara anggota banyak pilihan untuk mempengaruhi negara-negara lain dalam kumpulan itu bagi menghapuskan undang-undang penting mengenai kebajikan dan hak pekerja dengan alasan mengurangkan halangan tarif dan memperjuangkan perdagangan bebas," kata setiausaha Agung MTUC, J Solomon dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali sebelum ini berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini telah bersetuju untuk meratifikasi CPTPP pada 5 September 2018.

Pemimpin PH mendakwa kabinet pada masa itu mempunyai pandangan terkini mengenai keputusan tersebut dalam perbincangan berikutnya.

Solomon berkata, kesatuan sekerja di seluruh dunia, termasuk MTUC, telah menyatakan bahawa CPTPP hanya akan menguntungkan syarikat besar.

Katanya, perjanjian itu tidak mengandungi mekanisme untuk memantau kepatuhan negara-negara anggota terhadap standard dan konvensyen teras oleh Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO).

"Ia juga tidak memiliki peruntukan untuk memastikan pelanggaran terhadap piawaian ILO akan dihukum," katanya.

Tambahnya, CPTPP juga menyempitkan tuntutan yang boleh diambil terhadap penandatangan atas penganiayaan hak pekerja kerana ia mengatakan pelanggaran harus "dengan cara yang mempengaruhi perdagangan".

Perjanjian serupa di beberapa negara juga menunjukkan pada kebiasaannya tidak ada tindakan yang diambil terhadap pelaku pelanggaran tersebut, katanya.

Selain itu, jelasnya, Penyelesaian Pertikaian Pelabur Negara (ISDS) dalam CPTPP juga memungkinkan para pelabur asing menyaman kerajaan atas peraturan atau tindakan yang mengancam kemampuan mereka untuk membuat keuntungan.

“Mekanisme serupa digunakan di masa lalu untuk mencabar undang-undang gaji minimum serta peraturan lain yang menjejaskan pekerja, seperti peraturan keselamatan dan kesihatan.

“Ciri ISDS dalam CPTPP jelas menimbulkan ancaman serius terhadap kehidupan dan kebajikan pekerja di Malaysia," katanya.

[Baca berita penuh]