Rina Sarif dilantik ketua pegawai modal insan Tabung Haji
Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan
Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pelantikan Rina Sarif sebagai ketua pegawai modal insan yang baharu berkuat kuasa pada 3 Ogos 2020.
Pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif TH Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata, pelantikan Rina adalah salah satu usaha pengukuhan TH.
Katanya, mereka meletakkan barisan kepimpinan profesional supaya TH menjadi institusi yang dihormati atas pencapaian dan tadbir urus yang baik.
Menurut kenyataan TH hari ini, Rina pernah bertugas sebagai pengurus besar sumber manusia di Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pernah menjawat pelbagai jawatan kepimpinan di beberapa GLC dan syarikat multinasional.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai