Biden pilih Kamala Harris
GLOBAL l Calon Presiden parti Demokrat Joe Biden mengumumkan Senator Kamala Harris sebagai pilihannya untuk naib presiden pada pemilihan November depan.
Sekiranya pasangan itu menang, Harris akan melakar sejarah sebagai naib presiden wanita pertama AS. Dia juga akan sekali gus menjadi naib presiden pertama yang bukan berkulit putih di negara berkenaan.
Kedua-dua mereka akan mencabar penyandang Presiden Donald Trump yang mewakili parti Republikan.
Dengan keresahan sosial mengenai ketidakadilan kaum yang menggegarkan negara selama berbulan-bulan, Biden, 77, mengalami tekanan untuk memilih wanita kulit hitam sebagai pasangannya.
Pemilihan Harris, 55, seorang senator dari California dijangka dapat menarik pengundi muda dan wanita termasuk penduduk luar bandar yang tidak sukakan Trump.
Pemilihan wanita berketurunan India itu juga dapat dilihat sebagai usaha parti Demokrat untuk meraikan kepelbagaian dalam masyarakat.
Harris juga adalah calon naib presiden ketiga untuk parti utama, selepas calon daripada Demokrat, Geraldine Ferraro pada 1984 dan Sarah Palin ( Republikan), pada 2008, selain Hillary Clinton, wanita yang menjadi calon Presiden AS tetapi tewas kepada Trump pada 2016.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai