Skip to main
Logo Malaysiakini

Mazlan sudah bersedia bersara, kata IGP

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Timbalan Ketua Polis Negara, Mazlan Mansor yang dijangka bersara tidak lama lagi dan dirinya telah bersedia berbuat demikian kata ketuanya, Abdul Hamid Bador.

Bercakap kepada pemberita, pada majlis serah terima tugas pengarah jabatan logistik dan teknologi di mes pegawai kanan di Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini, berkata pengganti Mazlan akan diputuskan kerajaan nanti.

“Sebenarnya beliau (Mazlan), dari awal bulan ini sudah pun membuat persediaan dan bersedia dengan apa juga keputusan kerajaan, tetapi untuk persaraan memang dia sudah bersedia.

“Beliau adalah seorang peguam yang belajar di England, dan mempunyai pengalaman yang lama dalam Jabatan Siasatan Jenayah di Bukit Aman dan juga pernah berkhidmat di peringkat bawah daerah, negeri,” katanya yang dipetik Bernama.

Bernama juga menyebut PDRM akan mengadakan majlis serah terima tugas bagi jawatan timbalan ketua polis negara di Bukit Aman esok.

Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilaporkan menerima kunjungan hormat Mazlan yang dijadual menamatkan perkhidmatan pada 14 Ogos.