Skip to main
Logo Malaysiakini

Lebih 2,700 petugas terlibat kendali pemilihan Bersatu - Syed Hamid

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Seramai 2,765 petugas akan terlibat mengurus pemilihan Armada, Srikandi dan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu semasa persidangan peringkat bahagian parti yang dijadualkan berlangsung pada 22 Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Syed Hamid Albar, berkata pihaknya juga bersiap sedia untuk pemilihan Armada peringkat bahagian esok, dan Srikandi pada Ahad.

“Peralatan dan logistik telah dihantar kepada petugas-petugas di peringkat negeri dan bahagian,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Syed Hamid berkata pemilihan itu membabitkan 117 calon bagi jawatan dalam Armada, 85 calon bagi Srikandi dan 187 bagi MPT.

Jawatan itu antaranya melibatkan naib presiden, pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap, ketua sayap, naib ketua sayap dan ahli jawatankuasa.

- Bernama