Skip to main
Logo Malaysiakini

Kes bicara rasuah 1MDB berakhir awal, Najib perlu ke Parlimen

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

KES 1MDB NAJIB l Prosiding rasuah 1MDB membabitkan Najib Razak berakhir pagi tadi memandangkan bekas perdana menteri itu perlu mengambil bahagian dalam perbahasan parlimen mengenai beberapa rang undang-undang yang dibentangkan.

Perbicaraan Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ditangguhkan lebih awal sekitar jam 11.15 pagi hari ini.

Semasa prosiding awal hari ini, peguam bela utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah memberitahu hakim Collin Lawrence Sequerah bahawa kerajaan pemerintah, Perikatan Nasional sekarang hanya mempunyai dua majoriti tipis ketika pengundian ke atas 88 rang undang-undang yang diusulkan di Dewan Rakyat.

"Untuk dua minggu akan datang, (kami memohon agar mahkamah) mengambil maklum bahawa Parlimen memiliki majoriti tipis dengan kelebihan hanya dua undi.

"Persidangan (Dewan Rakyat) kali ini akan mengundi mengenai beberapa rang undang-undang. Saya diberitahu bahawa sekitar 88 rang undang-undang akan diluluskan.

"Ada kala, ketua whip akan memanggil setiap anggota parlimen (untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Parlimen mengenai rang undang-undang)," kata Shafee.

Dia menjelaskan bahawa setelah diminta oleh whip, kehadiran semua MP di Parlimen adalah wajib kecuali mereka berada di hospital.

Peguam kanan pembelaan itu kemudian memohon untuk penangguhan awal hari ini, dan mencadangkan agar prosiding hari ini berakhir pada pukul 11 pagi, kerana mendakwa sesi pengundian di Parlimen akan bermula pada jam 11.30 pagi.

Sequerah kemudian bertanya kepada pihak pendakwaan jika mereka ada bantahan terhadap permohonan tersebut, DPP Ahmad Akram Gharib menjawab tidak ada.

Hakim kemudian membenarkan prosiding diteruskan hingga sekitar jam 11.15 pagi, dan kemudian menangguhkannya sehingga 1 September.

[Baca berita penuh]


Nota editor: Atas nasihat perundangan, ruangan komen untuk laporan ini telah ditutup.