Skip to main
Logo Malaysiakini

Surat sokongan: Ibu bapa tahu apa yang terbaik, kata anak timbalan menteri

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Anak lelaki Timbalan Menteri Pertahanan, Ikmal Hisham Abdul Aziz, berkata dia mempunyai sudut pandangan berbeza daripada bapanya berhubung niat ahli parlimen terbabit menulis surat sokongan untuk mendapatkan tempat buatnya dalam syarikat Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga).

"Kadang-kadang ibu bapa berbuat sesuatu untuk kamu kerana mereka berpendapat ia adalah yang terbaik.

"Sebagai anak-anak kita tahu mereka berniat baik walaupun dari sudut pandang berbeza dan kita hanya boleh bersyukur atas niat mereka," ciap Ikmal Hazlan Ikmal Hisham hari ini.

Ciapan itu muncul ketika perhatian orang ramai bertumpu kepada surat sokongan dihantar Ikhmal Hisham kepada Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob agar Ikmal Hazlan dilantik menjadi anggota Lembaga Pengarah Pharmaniaga.

Untuk rekod, Ikmal Hisham merupakan timbalan Ismail Sabri di Kementerian Pertahanan dan Pharmaniaga adalah syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Ketika dihubungi Malaysiakini pada 22 Ogos, Ismail Sabri mengesahkan kesahihan surat berkenaan dan tulisan tangannya yang mengatakan "Saya setuju".

Anggota Parlimen Bera bagaimanapun mengakui wujud kebimbangan terhadap isu nepotisme dengan adanya surat tersebut. 

Selepas isu berkenaan tular Ikmal Hisham mendakwa dia menghantar surat lain untuk meminta agar surat sokongan terdahulu dibatalkan.

Anggota Parlimen Tanah Merah itu juga menyatakan rasa kesal dan mengakui kelemahan berhubung perkara itu. 

Ikmal Hisham kini merupakan anggota parlimen Bersatu manakala anaknya adalah seorang daripada exco Pemuda Umno Malaysia.

[Baca berita penuh]