Covid-19: 10 pulih, 10 lagi kes baru
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 10 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini, dengan jumlah kes aktif kini adalah sebanyak 183 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan 10 kes pulih dengan jumlah kumulatif sebanyak 8,959 pesakit telah pulih sepenuhnya.
Daripada 10 kes baru, lapan merupakan kes import melibatkan tiga warganegara Malaysia dan lima bukan warganegara.
Lapan kes import tersebut adalah dari Jepun (3 kes); Indonesia (3 kes), Republik Maldives (1 kes) dan Mexico (1 kes).
Kedua-dua kes penularan di dalam negara pula melibatkan warganegara Malaysia iaitu kes daripada kluster Tawar di Kedah.
"Sehingga kini, terdapat sembilan kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan," kata Dr Noor Hisham dalam kenyataannya.
Dr Noor Hisham juga memaklumkan tiada pertambahan kematian dengan jumlah kematian kini kekal sebanyak 125 kes.
Lima kes baru dari kluster Tawar, Alam
Dr Noor Hisham juga memaklumkan terdapat dua kes baru dikesan dari kluster Tawar di Kedah, manakala tiga lagi kes baru dikesan dari kluster Alam.
Katanya, jumlah kes positif Covid-19 dari kluster Tawar kini adalah sebanyak 65 kes, iaitu 54 kes di Kedah dan 11 kes lagi di Pulau Pinang.
Setakat tengah hari tadi, seramai 3,286 telah disaring daripada kluster berkenaan, termasuk 11 orang di Perak yang menunjukkan keputusan negatif.
Bagi kluster Alam pula, tujuh kes positif dikesan setakat ini dengan seramai 27 individu telah disaring dan dua masih menunggu keputusan ujian.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai