Skip to main
Logo Malaysiakini

Pasangan, anak tak berstatus warga dibenar masuk Malaysia

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Penularan wabak Covid-19 menyebabkan kerajaan menutup sempadan negara, dengan warga Malaysia di luar negara dan mereka yang mempunyai pas lawatan sosial hanya dibenarkan masuk baru-baru ini.

Ia menyebabkan ramai warga Malaysia yang terpisah dengan pasangan dan anak yang tidak berstatus warga, terutama mereka yang tidak memiliki pas jangka panjang untuk masuk ke Malaysia.

Bagaimanapun ia akan berubah tak lama lagi selepas kerajaan hari ini memutuskan untuk melonggarkan sekatan ini.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, mesyuarat khas menteri-menteri mengenai pelaksanaan PKP telah membincangkan permohonan warga Malaysia yang mempunyai pasangan dan anak yang dilarang masuk ke dalam negara.

"Sesetangahnya tiada pas (lawatan sosial) jangka panjang dan syarat untuk memohon pas itu adalah mesti berada dalam negara.

"Jadi kalau mereka tak boleh masuk, tidak mungkin untuk mereka mohon pas tersebut.

"Sebab itu kita buat keputusan bahawa warga yang ada pasangan atau anak boleh masuk (Malaysia) tanpa pas. Tetapi sebaik tiba, mereka mesti mohon pas jangka panjang," katanya ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.

[Baca berita asal]