Skip to main
Logo Malaysiakini

Perbahasan RUU IPCC ditangguh ke sidang akan datang

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

PARLIMEN | Perbahasan bagi Rang Undang-undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah ditangguhkan ke persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Usul untuk menangguhkan perbahasan RUU tersebut dinyatakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Ismail Mohamed Said.

RUU IPCC dirangka bagi menggantikan RUU Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang dibawa kerajaan PH sebelum ini.

Perbandingan dua RUU itu menunjukkan IPCC jauh lebih lemah daripada IPCMC.

Antara perbezaan ketara adalah IPCC tiada kuasa mengambil tindakan terhadap polis yang didapati melakukan salah laku.

Tindakan sebaliknya pelru dirujuk kepada Suruhanjaya Pasukan Polis atau badan lain yang berkaitan.

IPCC juga tiada kuasa untuk menyemak aduan terhadap polis yang tidak mematuhi peraturan atau prosedur operasi standard (SOP), yang tidak memberi justifikasi ketika ia perlu diberikan, dan yang melakukan kesalahan jenayah.

Suruhanjaya baru itu juga membenarkan pihak polis untuk tidak menjawab soalan sekiranya ia akan mendedahkan mereka kepada pertuduhan jenayah.

Selain itu, bahagian yang menghalang anggota polis atau bekas anggota daripada menjadi anggota suruhanjaya juga telah dipadamkan. Ini bermakna anggota polis boleh menganggotai IPCC.

Baca: IPCC jauh lebih lemah berbanding IPCMC