Covid-19: Lima kes baru, lapan dirawat di ICU
Kementerian Kesihatan memaklumkan lima lagi kes baru Covid-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi.
"Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,296 kes.
"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 177 kes," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
Noor Hisham turut memaklumkan terdapat lapan kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana enam kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, sebanyak 16 pesakit telah pulih dengan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh kini adalah sebanyak 8,994 kes.
Daripada lima kes baru yang dikesan, dua kes merupakan kes import melibatkan warganegara yang telah mendapat jangkitan di Filipina dan Mesir.
Kesemua tiga kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia di Melaka iaitu dua kes saringan pra pembedahan di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak dan satu kes saringan bergejala di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.
"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai