SJK (C) Subang sahkan kes Covid-19 - laporan
SJK (C) Subang mengesahkan bahawa salah seorang pelajarnya dikesan positif Covid-19.
China Press memetik pengerusi sekolah itu sebagai mengesahkan bahawa ia melibatkan pelajar darjah dua.
Pelajar itu dilaporkan pergi mengunjungi Malaysia Timur sebelum kembali awal bulan ini.
Dia kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Sekolah itu dilaporkan sedang menunggu arahan dari Jabatan Pendidikan mengenai sama ada sekolah itu mesti dibuka atau ditutup.
Sekolah itu juga telah memberi cuti khas pada hari Selasa, dan hanya akan dibuka pada hari Rabu.
Sementara itu, sekolah akan dibasmi kuman, dan daftar kontak dekat telah diberikan kepada Kementerian Kesihatan.
Satu pesanan suara yang dihantar kepada ibu bapa dilaporkan menggesa ibu bapa untuk menjaga anak-anak mereka di rumah pada hujung minggu dan cuti sempena cuti Merdeka.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai