India catat rekod kes baru tertinggi Covid-19
GLOBAL | India merekodkan jangkitan tertinggi kes Covid-19 sehari di dunia pada Ahad dengan 78,761 kes, mengatasi angka tertinggi sebelum ini iaitu 77,299 kes di Amerika Syarikat pada 16 Julai lalu, menurut Reuters.
Maharashtra, negeri terkaya dan paling membangun negara itu, pula mencatat 331 korban - menjadi negeri yang mencatatkan kenaikan tertinggi, diikuti Karnataka dengan 136 korban.
Data Kementerian Kesihatan India menunjukkan jumlah korban meningkat sebanyak 948 kepada 63,498 kes.
India merupakan negara ketiga terburuk dilanda wabak Covid-19 dengan 3,64 juta kes setakat ini, di belakang Amerika Syarikat dan Brazil. Bagaimanapun kes baru hariannya mengatasi dua negara itu sejak hampir dua minggu lalu.
Menurut laporan itu lagi, di sebalik peningkatan itu, Perdana Menteri Narendra Modi berhasrat melonggarkan perintah berkurung bagi mengurangkan impak ekonomi akibat wabak tersebut.
antaranya dengan membuka semula jaringan kereta api bawah tanah bermula 7 September ini, dengan beberapa syarat.
Bagaimanapun panggung wayang, kolam renang dan taman hiburan kekal ditutup, menurut laporan itu lagi.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai