Skip to main
Logo Malaysiakini

6 lagi positif, 2 penularan tempatan

Artikel ini sudah 4 tahun diterbitkan

Malaysia mencatatkan enam lagi kes baru Covid-19 setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kes direkodkan ialah 9,360.

Pengarah Kesihatan Malaysia Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes baru itu terdiri daripada empat kes import dan dua penularan tempatan.

Kesemua kes import melibatkan bukan warganegara yang datang dari Indonesia (tiga kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan Syria (satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Dua kes penularan dalam negara melibatkan warga tempatan yang masing-masing direkodkan di Selangor dan Pahang.

Kes penularan tempatan yang dikesan di Selangor merupakan kes daripada kluster Kluster MV Glen.

Kes baru ini merupakan isteri kepada kes positif kluster yang telah dilaporkan pada 30 Ogos 2020 (iaitu kes ke9332).

Sehingga 2 Sept, seramai 58 orang telah disaring, dengan tiga dikesan positif, 16 negatif dan 39 individu masih menunggu keputusan.

Sementara itu, sehingga kini, terdapat empat kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan tiga daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19, justeru korban akibat wabak itu di Malaysia kekal sebanyak 128.

Seramai 9,079 termasuk empat yang terbaru dilapor telah pulih daripada jangkita Covid-19.

Ini menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 153 kes.