Bersatu: Lembaga disiplin tentukan nasib Osman Sapian
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan sepenuhnya kepada Lembaga Disiplin parti itu untuk menentukan tindakan terhadap bekas Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian yang didakwa membantu kempen calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, baru-baru ini.
Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata jawatankuasa Lembaga Disiplin parti sebelum itu perlu menyiasat dan memanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu untuk memberi keterangan.
Ahmad Faizal, yang juga Menteri Besar Perak, berkata demikan kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad di pejabat Menteri Besar di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di Ipoh, hari ini.
Ahad lalu, tular video yang menunjukkan Osman sedang berucap semasa kempen calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Dalam perkembangan lain, Ahmad Faizal berkata Perak belum membuat keputusan sama ada mahu membubarkan DUN sekiranya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.
Beliau berkata pada masa ini kerajaan negeri mahu memberi fokus kepada soal ekonomi dan kebajikan rakyat dalam menghadapi fasa pasca-Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai